Thursday 14 January 2016


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Hari ini saya ingin mengkongsikan kepada para blogger yang melihat post ini. Tugas hari ini diberikan oleh Puan Halimatun yang cantik dan baik kepada saya tentang KONSEP PENORMALAN (NORMALIZATION). Semoga anda menikmatinya.

KPD 3022=(NORMALIZATION)
 KONSEP PENORMALAN  
Dalam kita mereka bentuk pangkalan data hubungan, kita ingin menghasilkan suatu pangkalan data hubungan yang baik dengan mengurangkan duplikasi data. Proses untuk menghasilkan pangkalan data yang baik dengan mengurangkan duplikasi data adalah melalui proses penormalan. Penormalan merupakan satu cara untuk menganalisa jadual-jadual berdasarkan kekunci dan kebergantungan fungsian. Di mana ia melibatkan peraturan tertentu pada suatu jadual supaya pangkalan data boleh dinormalkan pada mana-mana peringkat.

Proses penormalan telah diperkenalkan oleh Codd pada tahun 1972. Tiga bentuk penormalan yang akan diberi tumpuan ialah:
  • Bentuk Normal Pertama (1NF) First Normal Form
  • Bentuk Normal Kedua    (2NF) Second Normal Form
  • Bentuk Normal Ketiga    (3NF) Third Normal Form

 Walau bagaimanapun terdapat juga bentuk penormalan yang lebih tinggi seperti Bentuk Penormalan Boyce-Codd (BCNF). Tetapi bentuk penormalan seperti ini jarang digunakan.

Tujuan dan Keperluan Penormalan
Ø Menghasilkan skema hubungan dengan pengumpulan atribut yang paling optimum.
Ø Mengurangkan data lewah.

Ø Mengatasi masalah anomali.


Sekian sahaja blog saya pada hari ini. Harap anda semua mendapat maklumat yang mencukupi. Bye......


Disediakan oleh seorang insan yang baik dan bertauliah.

No comments:

Post a Comment