Sunday 14 February 2016

TCL (Transaction Control Language)

HAI SEMUA KITA BERTEMU LAGI :p
Kali ini pula saya akan menerangkan kepada anda apa itu TCL

TCL (Transaction Control Language)

  • Bahasa SQL yang digunakan untuk mengawal transaksi dalam Sistem Pangkalan Data.
  • Transaksi merupakan unit logic yang terdiri daripada 1 atau lebih kenyataan SQL.

Fungsi TCL: 

-digunakan untuk menguruskan perubahan yang dibuat oleh kenyataan DML (Data 
Manipulation Language).

-TCL merupakan arahan SQL yang terdiri daripada COMMIT, ROLLBACK & 
SAVEPOINT. 

Arahan TCL:

COMMIT
  • arahan yang digunakan untuk menyimpan kerja yang dilakukan dalam pangkalan data.
  • secara logiknya, transaksi yang dilakukan pada point tertentu pada semua data yang telah dirujuk adalah tanggungjawab programmer.
  • transaksi tidak boleh dilancarkan kembali selepas laporan transaksi dikeluarkan kerana pengubahsuaian telah dibuat pada sebahagian data pada pangkalan data.


SAVEPOINT
  • arahan yang digunakan untuk mengenalpasti point yang telah disetkan dalam transaksi yang kemudiannya point tersebut akan dilancarkan kembali.
  • sangat berguna semasa melakukan kerja yang rumit agar tiada kesalahan yang akan dilakukan oleh programmer.


ROLLBACK
  • fungsi ROLLBACK digunakan untuk memulihkan pangkalan data yang telah diubah suai kepada asal.
  • ROLLBACK memadam semua pengubahsuaian yang telah dilakukan pada permulaan savepoint pada pangkalan data.

Itu sahaja yang dapat saya sampaikan. Sekian terima kasih.





IMRAN




No comments:

Post a Comment